Ganja (Inggeris
Marijuana) berasal dari pada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa syn. Cannabis indica. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi
maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ganja merujuk kepada
daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang
mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum
digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau
tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau).
Ganja adalah
tumbuhan budidaya penghasil serat, namun lebih dikenal karena kandungan zat
narkotika pada bijinya, tetrahidrokanabinol (THC, tetra-hydro-cannabinol)
yang dapat membuat pemakainya mengalami euforia (rasa senang yang
berkepanjangan tanpa sebab).
Ganja menjadi
simbol budaya hippies yang pernah populer di Amerika Serikat. Hal ini biasanya
dilambangkan dengan daun ganja yang berbentuk khas. Selain itu ganja dan opium
juga didengungkan sebagai simbol perlawanan terhadap arus globalisme yang
dipaksakan negara kapitalis terhadap negara berkembang. Di India, sebagian
Sadhu yang menyembah dewa Shiva menggunakan produk derivatif ganja untuk
melakukan ritual penyembahan dengan cara menghisap Hashish melalui pipa
Chilam/Chillum, dan dengan meminum Bhang.
Bahan kimia
psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol
(THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan
dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam
lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami
simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu
untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai
di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem
limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus
yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku),
selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.
Reseptor CB2
pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem
saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai
sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan
kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak
yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula
adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos. Neil
Goodman menyebut,
" Both subtypes (CB1 and
CB2) belong to the seven transmembrane spannir receptor family with a seven
a-helices spanning the cell membrane. The intracellular loops of the receptor
protein are involved with the G-proteins responsible for the transduction of
the intercellular signal. This G-protein-coupled receptor causes the inhibition
of the enzymatic activity of adenylate cyclase responsible for the production
of cyclic adenosine monophosphate (cAMP) in the cell." [Neil Goodman,
2003, erowid.org].
Reseptor CB
terletak di dalam neuron presinaps. Seperti kata Kreitzer dan Regehr, apabila
salah satu penghantar biasa seperti glutamat atau GABA meransang neuron
postsinaps, neuron tersebut membebaskan bahan kimia cannabinoid (
contohnya anandamide atau 2-AG). Penghantar tersebut kemudiannya kembali
kepada neuron presinaps bagi mengurangkan penghasilan cannabinoid buat
sementara waktu.
THC boleh
merencat keplastikan sinaps otak. Ini adalah disebabkan reseptor CB1 mengubah
keplastikan sinaps bersandar cAMP dan seterusnya menghalang pengambilan sinaps
baru dengan cara merencat penghasilan cAMP.
Pengambilan dan
memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi
kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420
bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi.
Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.
Pokok ganja
ialah herba tahunan yang tergolong dalam genus dioecious, keluarga Cannabaceae,
dan order Rosales (dahulunya order Urticales). Dalam mengelaskan
pokok ganja, kontroversi filogenetik berlaku sama ada pokok ganja yang
ditanam/dibiak datang dari satu spesis (Cannabis sativa) atau dari
pelbagai spesis (Cannabis indica, Cannnabis ruderalis atau Cannabis
americana).
Pokok ganja
boleh hidup dalam pelbagai iklim. Tumbuhan ini mempunyai serabut yang kuat yang
dikenali sebagai gentian hem dan digunakan dalam industri tekstil. Biji pokok
ganja digunakan sebagai makanan burung mempunyai kandungan protein, asid lemak
rantai panjang dan tenaga yang tinggi. Pokok ganja mengandungi bahan
halusinogenik dan bahan kimia aktif psikoaktif dan psikologi lain seperti cannabinoid.
Putik/pucuk dan daunnya boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan rekreasi.
Penyediaan sebegini dipanggil Ganja. Ganja digunakan dengan cara menelannya
atau dengan cara menghisap bersama tembakau atau tanpa tembakau. Ada juga keju
yang dihasilkan berasaskan lemak ganja. Di beberapa negara di Eropah memberi
lembu tenusu makanan dari pokok kanabis kerana dipercayai ianya menggalakkan
pengeluaran susu.
Fisiologi pokok ganja
Pokok ganja
membiak melalui percantuman seks. Pokok betina akan mengeluarkan putik yang
boleh menghasilkan ratusan biji benih. Pokok jantan matang lebih awal daripada
pokok betina. Walaupun gen menentukan jantina pokok, faktor sekeliling turut
terlibat. Misalnya hermaphrodyte asli mempunyai dua jantina dan kedua
duanya mandul. Namun, organ seks hermaphrodyte bukan asli boleh
berfungsi sepenuhnya. Pendekatan ini digunakan dalam menyediakan biji benih
komersil. Biji benih betina dihasilkan dengan merawat hermaphrodyte
betina yang kekurangan gen jantan dengan hormon.
Pokok ganja
boleh mengadakan proses fotosintesis, jadi pembesaran pohon ini tidak
bergantung kepada pusingan malam untuk menyerap karbon dioksida. Pokok ganja
berupaya untuk berada dalam keadaan cerah selama 24 jam sehari (biasanya dengan
bantuan cahaya lampu), walaubagaimana pun penanam pokok ganja menggalakkan
tempoh rehat (gelap) supaya pokok tersebut tidak tertekan ( overstress
). Pokok ganja mula berbunga apabila kegelapan melebihi 11 jam sehari dan boleh
kekal sehingga 6 minggu.
Pemanfaatan
Tumbuhan ganja
telah dikenal manusia sejak lama dan digunakan sebagai bahan pembuat kantung
karena serat yang dihasilkannya kuat. Biji ganja juga digunakan sebagai sumber
minyak.
Namun demikian,
karena ganja juga dikenal sebagai sumber narkotika dan kegunaan ini lebih
bernilai ekonomi, orang lebih banyak menanam untuk hal ini dan di banyak tempat
disalahgunakan.
Di sejumlah
negara penanaman ganja sepenuhnya dilarang. Di beberapa negara lain, penanaman
ganja diperbolehkan untuk kepentingan pemanfaatan seratnya. Syaratnya adalah
varietas yang ditanam harus mengandung bahan narkotika yang sangat rendah atau
tidak ada sama sekali.
Sebelum ada
larangan ketat terhadap penanaman ganja, di Aceh daun ganja menjadi komponen
sayur dan umum disajikan.
Bagi
penggunanya, daun ganja kering dibakar dan dihisap seperti rokok, dan bisa juga
dihisap dengan alat khusus bertabung yang disebut bong.
Budidaya
Tanaman ini
ditemukan hampir disetiap negara tropis. Bahkan beberapa negara beriklim dingin
pun sudah mulai membudidayakannya dalam rumah kaca.
SYARAT PERTUMBUHAN
Iklim
1) Tanaman Ganja tumbuh subur pada kondisi tanah yang lembab
2) Pada umur 2,5 sampai 7 bulan atau lebih tanaman Ganja memerlukan sinar
matahari. Dengan kata lain penanaman ganja dilakukan di
tempat yang
terbuka sehingga mendapat sinar matahari sepanjang hari.
3) Suhu udara optimum untuk budidaya tanaman ganja antara 20-35 oC.
Media Tanam
1) Tanaman ganja paling cocok ditanam pada tanah yang subur, gembur dan
banyak mengandung humus.
2) Tekstur tanah yang baik adalah lempung berpasir, liat berpasir dan tanah
laterik.
3) Tanaman ganja dapat tumbuh pada keasaman tanah (pH) sekitar 4,3-7,4.
Tetapi keasaman tanah (pH) optimum untuk ganja
adalah 6,8-7,0.
Ketinggian Tempat
1) Jahe tumbuh baik di daerah tropis dan subtropis dengan ketinggian 0-
2.000 m dpl.
2) Di Indonesia pada umumnya ditanam
pada ketinggian 0 - 1500 m dpl.
DAFTAR PUSTAKA
1) Anonimous. 1994. Hasil Penelitian Dalam Rangka Pemanfaatan Pestisida
Nabati. Prosiding Seminar di Bogor 1 – 2 Desember 1993.
Balai Penelitian
Tanaman Rempah dan Obat. Bogor.
2) Anonimous. 1989. Vademekum Bahan Obat Alam. Departemen Kesehatan
Republik Indonesia. Jakarta
Tidak ada komentar:
Posting Komentar